Wednesday, August 4, 2010

PERNAHKAH ANDA MERASAKAN ANDA TIDAK PANDAI?

Assalamualaikum..

Tajuk ni amat bermakna bagi saya. Masa kecil-kecil dulu saya selalu bertanya kenapa saya tidak sepandai sepupu-sepupu lain...sehinggakan apabila masing-masing mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di university,saya masih bertanyakan soalan yang sama...kadang-kadang tu menangis sebab saya ni jenis lambat sedikit memahami sesuatu tetapi saya jenis yang akan cuba sedaya upaya sampai la saya dapat...walau sesusah mana pun,saya akan cuba juga! Sepatutnya semangat tidak pernah berputus asa perlu ada dalam diri kerana itu yang akan membuatkan kita menghargai sesebuah kejayaan. Ia seperti enjin yang menggerakkan kereta...tanpa enjin,kereta tidak boleh bergerak..ha...macam tu la semangat tidak pernah kenal erti putus asa penting dalam hidup kita...Selain itu,kita perlu sentiasa berdoa dan tawakal setelah berusaha sesungguhnya.

Berbalik kepada topik asal (asyik menyimpang jalan je.hehehe)... saya selalu sedih bila saudara mara membandingkan saya dengan sepupu yang lain. Ada sepupu saya yang belajar medic..Subhanallah..dia sangat pandai...dan dia sangat cantik. Apabila pulang ke kampung, saudara mara suka membandingkan saya dengan sepupu itu. Saya kurang selesa dengan percakapan saudara mara. Saya sedar...semua ini telah ditentukan..

Pada suatu hari saya terfikir...cuba bayangkan jika semua orang ambil medic, sapa pula nak jadi polis,peguam,cikgu,bomba,jurutera??? Jika semua orang menjadi doktor, siapa nak rawat siapa ni?? Doktor kena suntik diri masing-masing la pula kan??hehehe..

Allah tidak pernah menciptakan hamba-hamba-Nya yang tidak pandai tetapi Allah memberi kepandaian yang berbeza kepada hamba-hamba-Nya. Nampak?? Allah itu Maha Adil...Subhanallah...

Ada satu cerita yang ingin saya berkongsi di sini.. Pada suatu hari, seorang hamba ini bekerja sebagai pendayung sampan. Ada seorang professor menaiki sampan tersebut untuk membuat kajian di kawasan pedalaman. Dia kemudian bertanya kepada pendayung sampan itu, “ Tahukah kamu membaca dan menulis?”...Si pendayung sampan itu pun berkata “ saya tidak tahu membaca dan menulis,tuan.” Professor tersebut pula berkata “Gelaplah masa depan kamu jika kamu tidak tahu membaca. Adakah kamu mempunyai duit simpanan untuk masa depan?”. Si pendayung sampan terdiam sebentar...dia memandang ke bawah dan berkata “ Tuan,gaji bulanan saya cukup-cukup untuk keperluan saya”. Professor tersebut berkata “ Musnahlah masa depan kamu jika kamu tidak tahu membaca,menulis dan tiada langsung simpanan untuk masa depan. Saya ini mempunyai 5buah kereta dan 3buah rumah serta 500ribu simpanan dalam bank..cerahlah masa depan saya berbanding dengan kamu. Apa yang kamu tahu selain mendayung sampan?”. Si pendayung sampan pula pun berfikir sejenak.... “Hmm...saya hanya tahu berenang je tuan demi keselamatan saya bekerja di atas bot ini”. Professor tersebut berkata dengan angkuhnya “Jika begitu, gelaplah masa depan kamu”. Selepas beberapa jam kemudian, ditakdirkan bot itu melanggar batu yang besar dan tajam. Bot itu kemudiannya bocor. Habislah bot itu dimasuki air sungai. Mereka berdua bertungkus lumus membuang air yang masuk ke dalam bot tersebut. Professor tersebut cuba menutup lubang tersebut tetapi air tetap naik ke dalam bot kerana terlalu banyak lubang. Setelah air masuk lebih dari separuh bot itu,si pendayung mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan pergi ke seberang sungai untuk menyelamatkan diri. Keadaan sungai itu sungguh deras sekali. Si pendayung berkata kepada professor tersebut “ Tuan, mari kita berenang untuk menyelamatkan diri dari lemas di sini”. Professor itu berkata “ Saya tidak tahu berenang. Bagaimana saya ingin menyelamatkan diri sedangkan sungai ini sungguh dalam?”. Si pendayung pula menjawab “ Jika tuan tidak tahu berenang, masa depan tuan sudah tidak ada langsung “. Oleh kerana air terlalu deras dan sungai itu terlalu dalam, si pendayung ini cuba ke seberang sungai. Malang sekali dia tidak sempat menyelamatkan professor itu.

Ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Dia menciptakan hamba-Nya dengan pelbagai kepandaian yang ada. Kadang-kadang agar sukar untuk mencapai apa yang kita idamkan akan tetapi ingatlah

Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.(Surah Al-Insyirah :6)”...

Setiap kesusahan serta kesulitan yang anda tempuhi sepanjang hidup ini pasti ada kemudahannya... Apa yang penting anda tidak pernah berputus asa dalam perjalanan hidup ini