Wednesday, April 28, 2010

Perjalanan Hidupku....

Assalamualaikum..


I'm new here.... Sy anak jati Kuala Lumpur..bukan beras jati erk.hehehe..sy masih

belajar..belajar kat ner erk?dkt sekolah la..eh, sy dah abis sekolah! sy belajar di

sebuah institusi pengajian (gaya cam dah besar je kan.hehehe)..

sy belajar di sebuah institut perguruan.

Terdapat segelintir kawan2 sy tanya

"kenapa Nurul Iman dah x blaja kt UIA?"..

yela..sy keluar uia pun diam2...hehehe.

Baiklah..segala2nyer akan sy terangkan di sini sebab sy dah penat nak

menjawab soalan yang sama (so,boleh la promote blog lps ni.hehehe).

Sy masih terkejut dgn keadaan sy sekarang...perjalanan hidup sy brubah dan sy x pernah menjangkakan keadaan

ini...


Sy sempat menghabiskan 2tahun foundation in laws dan 1sem degree kt UIA..Kenapa 1sem

je? sebab sy mendapat tawaran dari institut perguruan. Pada mulanya,memang berat hati nak

pergi..yela..dah dua tahun setengah kat UIA..kenangan2 di sana sentiasa dlm ingatanku.

( cewah..macam dalam drama cinta plak!)


Teringat masa kenangan malam sebelum sesi interview di salah sebuah institut perguruan di

ibu kota, pada malam tu sy memang berat hati untuk menulis karangan yg perlu dihantar

semasa sesi interview. Sy teringat pada malam itu, mama yang beria2 memberi semangat

untuk sy pergi menghadiri temuduga tersebut( syg mama..tq!) walaupun berat hati, ku

gagahkan jua hati ini...teringat pengorbanan mama dan abah.

Semasa berumur dua tahun lebih, sy pernah koma beberapa hari.
Ia disebabkan


"Bronchopneumonia". Abah sanggup berhenti kerja untuk menjaga diriku yg agak

tenat. Mama pernah ckp yang dia x mampu nak tengok diriku dan dia akan rasa lemah

bila melawatku. Pada masa itu, doktor ckp kemungkinan untuk hidup 50%.


Bayangkan perasaan seorang ibu apabila mendapat tahu bahawa anak yang dikandung

selama 9bulan mungkin hidup atau mungkin.........?


Berbalik kepada cerita sesi temuduga, pada masa itu pergi pun sebab mama

terchenta..erm...alhamdulillah,semua berjalan dgn lancar cuma..cuma...sy tertinggal surat

beranak dengan gambar passport (padan muka....tu la..buat keje last minute lg! ) ...

so, abis je sesi temuduga yg agak lama tu, ada seorang pensyarah tu cakap

“ Awk pergi balik rumah lepas tu bawa gambar passport serta surat beranak. Sy akan tunggu

awk di sini sehingga pukul 12tengahari”.

Masa tu rasa macam..oh,no!! Penat tau x nak ulang alik. Sy pun balik ke rumah

menaiki LRT dan djemput mama. Masa dalam kereta, sy pun cerita masalah tu.

Sebenarnya,pada masa itu sy sudah jadi agak gembira sebab mungkin x lepas interview

tersebut sebab xde gambar dan surat beranak..TETAPI...mama suruh ambil barang2 tersebut

dan menghantar kat pensyarah tu. Dalam hati

“alamak...cmner ni?Nak hantar ke x ni...dah 11.30 pg dah..”.

Pada masa itu, tiada satu teksi pun mahu menghantar kami ke sana. So, sy memberanikan diri

nak bersiap berperang...eh..bukan..bukan berperang..sy memberanikan diri membawa kereta

ke instt pguruan tersebut. Sy sangat2 x suka bawa kereta di tempat yg sy memang xde

keberanian. Sy hampir2 accident..hampir2 dilanggar sebuah lori..mungkin kalau dilanggar lori

roti leh rehat sebentar utk makan roti ...sedapnyer roti chocolate...nyum2..


Ok2...berbalik kepada topik..hehehe..Alhamdulillah barang2 tersebut sempat diserahkan

kepada pensyarah tersebut..Tak sia2 hampir dilanggar roti tadi..eh..lori roti la!

Selepas abis sesi temuduga, keesokkan harinya sy mendaftarkan diri utk menyambung short

sem di UIA Gombak..Sy saja ambil short sem utk sambung degree bagi meringankan beban

next sem.hehehe..Ok..itu adalah pengalaman yg paling manis di mana, sy dan kawan2 ada

taaruf week..atau..orientasi.

Sepanjang short sem, sy dan geng2 durian..beb, mira, faizatul ,farahdina dan dila. Kenapa

dinamakan geng durian??hehehe..Sebab durian adalah inspirasi bagi kami

(eh....boleh plak!)

Mereka adalah kawan2 sejati sy! Beruntung sy memiliki kawan2 yg menyayangi sy seperti

mereka menyayangi diri mereka..Sy sungguh terharu..Terima kasih kawan2 ku yg

terchenta..Diriku tidak kan melupakan saat2 kesedihan dan kegembiraan yg kita lalui

bersama2..InsyaAllah..

Setelah habis short sem, sy mengetahui keputusan temuduga ketika di perkampungan orang

asli di Jeli, Kelantan. Sy mendapat SMS dari kawan yang tolong semak keputusan tersebut

setelah beberapa kali terlompat2 cari network coverage.Sy menyertai COMRADE..sebuah

kelab di UIA yang sentiasa mengadakan program di perkampunagn orang asli. Ia adalah satu

pengalaman yg sangat2 menarik dan banyak menyedarkan sy erti hidup..Sy sedar bahawa x

semua orang hidup senang di dunia ini dan jangan sesekali kita melupakan orang-orang yg

kurang pendapatan. Selama seminggu kami di sana. Sy mendapat keluarga angkat yg

semuanya baik2 belaka. Rindu sama kamu semua :(

Sy cuba bercakap dalam loghat

Kelantan..walaupun mama orang Kelantan, tetapi sy x reti nak bercakap loghat Kelantan..

sy hanya faham sahaja :)

Selepas seminggu di sana, sy menghadapi saat2 kritikal untuk membuat keputusan samada

untuk menyambung pelajaran di Institut Perguruan atau hanya tetap belajar di UIA. Macam

mana ni?? Mama dan abah mengharapkan diriku memilih untuk sambung belajar di Institut

Perguruan tapi bagaimana dengan kehendak hati sy? Sy rasa hendak terus tetap belajar di UIA

sebab lagi hanya tinggal tiga tahun lebih untuk menghabiskan degree. Solat istikharah amatlah

penting untuk memilih keputusan yang betul. Hampir setiap hari menangis memikirkan antara

kehendak ibubapa atau kehendak sendiri.

Selepas beberapa hari, sy SMS seorang kawan yg sangat baik walaupun kami hanya kenal di

PLKN..Sy menyatakan masalah sy..

Dia menceritakan kepada sy bahawa Nabi Muhammad s.a.w selalunya akan mengambil jalan

yg senang dilalui ketika membuat sesuatu keputusan. Dia bertanya kepada sy

“ Apa cita2 awak sebenarnya?”.

Sy terdiam sebentar...Cita2?masa kecik2 dulu brangan pakai kasut tinggi sambil membawa

rotan di tangan kononyer macam cikgu la.hehehe..eh,cikgu camtu ker?hehehe.

Selepas itu, sy memikirkan masalah tersebut semasak-masaknya sehinggalah terasa macam

dimasak kerana bukan senang nak buat pilihan macam merasa makanan. Akhirnya setelah

membuat solat istikharah, sy memilih untuk menuruti kehendak mama dan abah. Mungkin

ada hikmah disebalik keputusan yang dibuat walaupun pada mulanya hati ini sangat terasa

berat seperti memikul batu.

Semoga dengan keputusan ini diberkati Allah swt dan dipermudahkan perjalanan kehidupan saya..amin...